Thursday, January 13, 2011

Diari Cinta..


Last week, jenjalan sorg2 g kl..
oleh sebab mls nak drive smpi ke pusat bandaraya tu.. (alasan nyer sbb susah nak pakir kereta.. ngee~)
aku just drive smpi stesen lrt sentul, park keta kat sana then, menyahut seruan kerajaan utk menggunakan kenderaan awam..

sampai jer kat town tu.. aku g bank setel bil yg patut.. pastu leh jer suka2 g main mesin cetak penyata kwsp tu amik penyata.. pastu senyum je tgk amaun yg ada tertera kat penyata tu.. hahahaaa..
pastu.. nak g mana ya?? akhirnya cik fisa g tempat fav nyer.. iaitu kedai buku.. maklumla, awal tahun ni cikgu kena guna banyak buku rujukan dan latihan yg baru lagi terkini.. nak nak plak cikgu bahasa seperti aku ni.. hehee..

byk gak buku yg d beli utk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.. selain beli buku rujukan yg ilmiah itu, aku juga TERBELI novel baru Selamat Malam Kekasih.. hahaa.. terbeli konon.. sebenarnya novel ni xde la terbeli.. yang TER.. SECARA TIDAK SENGAJA TERBELI adalah sebuah buku kecil warna purple pink (cam warna tema yg aku angan2kan beberapa bulan lagi.. hehee).

Idaman Kalbu Pengubat Rindu...
Diari Cinta 2011... 
Hahaaa.. seperti tak percaya, aku terbeli diari ni. walaupun aku ni bkn nyer kaki tulis diari setiap hari, tp kata2 yg ada dlm diari tu sangat menarik.. 

Cinta...
seperti matahari
memberi tanpa mengharap
kembali tidakmemilih siappa utk disinari
dan yg lebih penting sentiasa memberi kehangatan di hati...


Ku tutup mataku
kerana mungkin ku terlihat wajahmu..
Ku diamkan mulut ku
 kerana mungkin ku kan terdengar suaramu
 Namun aku tidak dapat menutup hatiku 
 kerana ianya hanya untukmu....

hahaa.. pas je beli sumer buku plus diari tu, aku bergegas blk sbb ada janji sama kawan2 sebilik guru iaitu cik nadirah @dd, kak riz n azie.. 
tu aktiviti terbaru aku n geng .. iaitu g mkn2 ari jumaat sblm msk keje.. hehee~
k la.. mau siapkan buku rekod yg lom siap tu.. huhuhuhu...
jumpa lagi pada post seterusnya..
Anak ayam pakai bikini,
Mandi dengan kerbau Pak Amat,
Alahai kerja ku banyak lagi ni,
Sape la yg baik ati nak tlg buat...      

HEHEEE... 



Saturday, January 8, 2011

berhati-hati di jalan raya, ingatlah insan tersayang..


Bangun je tdo pagi td, aku dpt call dr adik bongsu (akmal) yg tengah wat praktikal kat Hospital Kuala Terengganu.. dia bgtau kawan baik dia meninggal dunia petang semalam akibat kemalangan jalan raya. Nama kawan baik dia Firdaus.. aku n famly kenal Firdaus ni.. Aku n adik aku si ET tu panggil arwah ni Roy.. sangat terkejut n mcm tak percaya rsnya. Arwah menunggang motosikal dan excident ngn kereta.. 

semalam masa kuar shopping ngn ET, br je bincang pasal nak kasi akmal sebuah motor utk kesenangan dia bergerak ke mana-mana.. nampak gayanya terpaksalah di tangguhkan dulu hasrat suci murni tu.. 
kepada penunggang-penunggang dan pembonceng motosikal, berhati-hati lah di jalan raya.. risau pulak rasa bila teringat org yg tersayang juga menunggang motor.. hurmm.. 


Special dedicate to my beloved brother Akmal.. hati-hati semasa menunggang or membonceng motosikal.. rasanya lebih selamat klu x naik moto sbb town Kuala Terengganu tu sangat sesak n pemandu kereta di sana agak kurang berhemah kot..


to my beloved fiancee.. hati-hati semasa menunggang motosikal dan memandu kereta. jangan sampai excident lg ya.. ur fiancee ini sangat susah ati masa incik tunangannya eksiden dulu.. coz cik fisa tidak mahu kehilangan insan yg paling disayangi nya.. i love u...

 akhir kata, berhati-hati di jalan raya.. ingatlah insan tersayang.. :)

Tuesday, December 21, 2010

cik fisa melakar kata menghayun pena..

Assalamualaikum...


Cik Fisa melakar kata menghayun pena @ menekan keyboard.. =)


salam perkenalan..  
kata pembuka bicara  

cik fisa nama diberi
mesra alam lg friendly 
suka membaca novel setiap ari
tak kira genre atau kategori

berjiwa sentimental  
minat bidang seni
nak lak teater ada tari menari...  
 


hehe.. da xtau nak ngarut apa dah...
~sila baca dengan nada seloka okay.. (dah mcm dlm kelas Bahasa Melayu la pulak) ~ 




for da 1st post, sy nak kenalkan diri sy.. cukup klu sy perkenalkan diri sy sbg cik fisa.. berasal dr kl. menetap dan bekerja di selangor darul ehsan..
thanks for my beloved brother coz create tis blog for me.. ( hehe, coz cik fisa ni tak berapa nak expert bab blog2 nih).   

 


Mutiara kata yg sy dpt arini.. ( arini sy belajar utk menghargai diri sendiri. terima kasih kepada "seseorg" kerana mengajar sy erti sebuah kehidupan ) 

      

    

~sayangi diri anda sebelum anda menyayangi insan lain.. bahagiakan dirimu sebelum membahagiakan insan lain.. kerna dirimu begitu berharga~